[LAPORAN LANGSUNG] Ketua parti politik selesai menghadap Agong

A
A
A

[LAPORAN LANGSUNG] Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin.

Tumpuan hari ini adalah tertumpu kepada siapakah calon Perdana Menteri pilihan Ahli Parlimen.

Antara yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka Baginda juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau 'caretaker' sehingga perdana menteri baharu dilantik.


Ikuti laporan langsung perkembangan politik hari ini:


4.27pm - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan satu politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk seluruh rakyat Malaysia.

Demikian penjelasan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada Selasa. .

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian sejurus selepas selesai menghadap Agong, sebentar tadi.

No Image Caption


4.15pm - Pas sudah membuat keputusan untuk mencalonkan seorang ahli Parlimen sebagai perdana menteri malam semalam.

Bagaimanapun, kesemua 18 ahli Parlimen parti itu masih belum menandatangani surat akuan.

Difahamkan parti itu juga menyambung perbincangan yang lebih mendalam di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu kota.

Artikel Penuh :


4pm - Ketua-ketua parti politik yang yang hadir tengah hari tadi mula beredar dari Pintu Dua Istana Negara pada 4 petang.

Kenderaan membawa Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara, selepas dua jam menghadap Agong, hari ini.


3.30pm - Ahli Parlimen minta jaminan surat sokong calon PM baharu 'tidak bocor'

Artikel Penuh :


2.55pm - ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyertai UMNO pada tahun lalu menafikan akan keluar daripada parti itu.

Beliau berkata, pergolakan politik yang berlaku tidak akan melunturkan semangat kebersamaan yang ada dalam BN walaupun sekiranya mereka tidak lagi menjadi kerajaan pada hari ini dan menjadi pembangkang.

Artikel Penuh :


2.40pm - Tan Sri Annuar Musa akan mencadangkan seorang pemimpin paling kanan BN sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau berharap agar hasratnya itu disokong oleh rakan-rakan ahli Parlimen pelbagai parti yang lain.

Artikel Penuh :


2.pm - Turut kelihatan tiba di pekarangan pintu Istana Negara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


1.42pm - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di pekarangan pintu Istana pada jam 1.42 petang.

Kenderaan yang membawa Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki Pintu 2 Istana Negara. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki Pintu 2 Istana Negara. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Manakala Kenderaan yang dinaiki Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.52 petang.

Kenderaan yang membawa Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memasuki Pintu 2 Istana Negara. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memasuki Pintu 2 Istana Negara. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB


1.26pm - Perkembangan terkini politik negara dari pekarangan pintu masuk Istana Negara, Kuala Lumpur.


12.45pm - Reaksi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago


12,40pm - Surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang dikeluarkan hari ini memaklumkan kesemua ahli Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.

Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis. Surat itu mesti disahkan sebagai benar.


12.05pm -Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan, fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Artikel Penuh :


11.35am - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Selasa mempengerusikan mesyuarat khas ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua-ketua perkhidmatan secara maya untuk memastikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

Mohd Zuki berkata, beliau bersama-sama seluruh kepimpinan perkhidmatan awam akan terus teguh bekerja sehabis baik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar.

Artikel Penuh :


11.25am - Individu yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi lantikan politik perlu berundur susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan itu adalah perkara wajar dan terpuji yang perlu dilakukan selari dengan situasi semasa.

Artikel Penuh :


10.07am - Kemelut politik yang tak berkesudahan sehingga hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka.

Demikian pendapat disuarakan Dr Chandra Muzaffar yang memerhatikan senario politik negara dan merumuskan, beberapa individu ini terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.

Artikel Penuh:


9.35am - Sebuah kerajaan inklusif melibatkan pelbagai parti perlu dibentuk Perdana Menteri baharu tatkala tiada parti politik atau gabungan mempunyai sokongan majoriti yang selesa di Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin dan perunding polisi awam, Mohammad Abdul Hamid dalam satu kenyataan bersama berkata, langkah itu perlu bagi menjamin kestabilan politik ketika keutamaan semasa adalah untuk menangani pelbagai krisis yang melanda negara.

Artikel Penuh :


8.45am - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh mewakili 38 suara ahli Parlimen UMNO ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana ahli Parlimen UMNO telah berpecah kepada dua kem.


7.am -Sinar Harian difahamkan pihak Istana Negara sedang bersiap sedia untuk mula memanggil wakil-wakil parti politik menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada jam 2 petang hari ini dalam usaha membentuk kerajaan baru.

Artikel Penuh :

No Image Caption


Suasana pintu Istana Negara
Suasana pintu Istana Negara

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!